Facebook wujudkan 'safety check' untuk ketahui status kenalan di Paris
Madiha Abdullah
November 14, 2015 02:32 MYT
November 14, 2015 02:32 MYT
Facebook wujudkan ciri mudahkan pengguna ketahui status kenalan yang berada di Paris.
SATU ciri khas diwujudkan oleh Facebook susulan insiden serangan di Paris pada Jumaat.
Ciri tersebut membolehkan pengguna mengetahui status saudara mara dan rakan yang berada di Paris ketika bandar itu kini sedang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Dinamakan sebagai Pengesahan Keselamatan Serangan Paris (Paris Terror Attacks Safety Check), pengguna yang berada di bandaraya itu boleh membuat check-in, sekaligus membolehkan status mereka, sama ada bebas ancaman atau tidak, diketahui oleh orang tersayang.
Beberapa siri tembakan dan letupan di beberapa lokasi di Paris, setakat ini telah mengorbankan lebih 100 orang.