Facebook mahu saman kerajaan Thailand, dakwa dipaksa halang akses kepada pengguna

Agensi
Ogos 25, 2020 03:38 MYT
Facebook bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Thailand. -Gambar hiasan
FACEBOOK sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Thailand selepas pentadbiran negara autokratik itu menuntut pengendali laman sosial media tersebut menghalang akses kepada pengkritik kerajaan.
Menurut laporan Reuters, Facebook pada awalnya terpaksa menurut kehendak Thailand untuk menghalang pengguna dalam negara itu daripada mengakses laman ‘Royalist Marketplace’ selepas kerajaan negara itu mengugut menyaman laman sosial itu.
“Selepas kajian dilakukan, Facebook memutuskan bahawa kami perlu terpaksa mengehadkan akses kepada kandungan yang Kerajaan Thailand rasakan bercanggah dengan undang-undang,” kata seorang jurucakap Facebook kepada CNN.
Laman ‘Royalist Marketplace’ dengan satu juta pengikut diasaskan oleh Pavin Chachavalpongpun, seorang ahli akademik dan pengkritik monarki yang kini tinggal dalam buangan di Jepun.
“Dengan mengenakan tindakan undang-undang Kerajaan Thailand ke atas tuntutannya menghalang akses ke laman tersebut, saya melihat ia sebagai sesuatu tindakan yang tepat.
“Kebebasan bersuara adalah hak semua orang, walaupun di Thailand ia merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku,” kata Chachavalpongpun kepada Business Insider.
#Facebook #Jepun #kerajaan #laman sosial #Media #saman #Thailand #undang-undang