Facebook ambil tindakan hapus akaun pegawai tentera tertinggi Myanmar

Agensi
Ogos 27, 2018 17:21 MYT
Akaun Facebook Jeneral Min Aung Hlaing adalah antara puluhan akaun yang dihapuskan oleh syarikat rangkaian media sosial terbesar itu. - Reuters
FACEBOOK pada Isnin mengeluarkan kenyataan bahawa akaun milik beberapa pegawai tentera Myanmar dan individu berpengaruh dari rangkaian media sosial itu telah dipadam bagi mengekang penyebaran kandungan berunsur 'kebencian dan salah maklumat'.
Tindakan yang turut dilakukan pada akaun Instagram tersebut diambil selepas pihak Facebook meneliti kandungan yang pernah dimuat naik.
"Secara khususnya, kami menghapuskan akaun 20 individu dan organisasi dari Myanmar - termasuk Jeneral Tentera Min Aung Hlaing, dan akaun rangkaian televisyen Myawady yang dimiliki pihak tentera.
"Kami memadam sejumlah 18 akaun Facebook, satu akaun Instagram dan 52 Facebook Page, yang diikuti oleh hampir 12 juta orang," ujar Facebook.
Laman rangkaian media sosial terbesar itu berkata, pihaknya telah menghapuskan 46 Page dan 12 akaun kerana terlibat dalam kelakuan 'tidak sesuai' di Facebook.
#akaun #Facebook #Instagram #kandungan kebencian #Myanmar #tentera junta
;