Eurovision: Gerakan anti-gay Russia bidas kemenangan Mak nyah berjambang

Agensi
Mei 11, 2014 18:10 MYT
Conchita Wurst
Kemenangan penyanyi transgender Austria, Conchita Wurst di pertandingan nyanyian Eurovision membangkitkan kemarahan sebahagian ahli politik dan kumpulan anti Gay di Russia.
Kemenangan Wurst yang berimejkan Mak Nyah berjambang pantas dibidas Timbalan Perdana Menteri negara itu, Dmitry Rogozin menerusi laman twitternya “Buat penyokong intergrasi dengan eropah : (inilah dia) perempuan berjambang.”
Seorang ahli politik pro nasionalis, Vladmir Zhirinovsky pula berkata “Ini penghujung kepada Eropah. Mereka tiada lagi wanita atau lelaki, mereka hanya mempunyai “itu” (merujuk kepada imej Wurzt).
“Lima puluh tahun dahulu Kesatuan Soviet menakluki Austria. Kita melakukan kesilapan memberikan kemerdekaan. Russia sepatutnya terus kekal bersama Soviet,” kata pemimpin parti Liberal Demokratik, yang sememangnya terkenal dengan kenyataan lantangnya.
Wakil Russia Tolmachevy Sisters hanya menduduki tempat ke tujuh dalam pertandingan pada Ahad itu.
Russia memberikan Austria 5 markah malam tadi, berbanding hanya empat kepada Ukraine jiran dan satu lagi negara bekas jajahan Soviet.
Russia tahun lalu melaksanakan undang-undang kontroversi yang antara lain mengharamkan sebarang propaganda terhadap aktiviti homoseksual terhadap, sekali gus membangkitkan kemarahan pemimpin dan aktivis negara barat.
Penyanyi irama Hip Hop negara itu Filipp Kirkorov dalam laman Instagramnya turut mencelah dengan menyifatkan kemenangan itu sebagai tanda wujudnya masalah mental masyarakat hari ini.
#gay #Russia
;