Euro 2020: Perdana Menteri Itali rai pasukan negara

Astro Awani
Julai 12, 2021 07:02 MYT
Itali menang buat pertama kali kejuaraan Eropah pada tahun 1968 serta memenangi empat gelaran Piala Dunia. - Foto REUTERS
ROME: Perdana Menteri Itali Mario Draghi meraikan kemenangan pasukan bola sepak negara itu menjuarai Euro 2020 di pejabatnya di Chigi Palace pada Isnin setelah kemenangan bersejarah mereka di Stadium Wembley.
Pasukan itu juga disambut oleh Presiden Itali, Sergio Mattarella di luar pejabat sebelum itu.
Sambutan itu dipenuhi dengan sorakan oleh pemain sambil menjulang piala kemenangan mereka.
Draghi menyifatkan kemenangan pasukan negara itu telah meletakkan Itali sebagai perhatian utama di Eropah.
Draghi menyimpulkan bahawa sukan bola sepak telah banyak mengajar rakyatnya untuk bersatu dan mempunyai impian.
Itali menang buat pertama kali kejuaraan Eropah pada tahun 1968 serta memenangi empat gelaran Piala Dunia.
Kejuaraan Euro sebelum ini buat Itali adalah pada tahun 2006.
#Euro2020 #bola sepak #Pasukan #Mario Draghi #Chigi Palace #Sergio Mattarella
;