EU rancang kenakan sekatan ke atas Menteri Pertahanan Rusia, IRA

Agensi
Februari 23, 2022 23:36 MYT
EU merancang untuk mengadakan sekatan terhadap Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu. - Foto AP Newsroom
KESATUAN Eropah (EU) merancang untuk mengadakan sekatan terhadap Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu dan Agensi Penyelidikan Internet (IRA) yang disokong Kremlin, menurut seorang diplomat kanan EU.
Diplomat itu memberitahu CNN pada Rabu bahawa sekatan terhadap menteri dan agensi pertahanan "sudah selesai."
Apa yang tinggal ialah untuk sekatan itu diformalkan "melalui prosedur bertulis," dan berkuat kuasa, kata diplomat itu, walaupun belum ada kenyataan rasmi diumumkan.
Diplomat itu memuji perkembangan itu sebagai "pencapaian mengagumkan" untuk menyelaraskan sekatan ini antara 27 negara anggota dalam "jangka masa yang singkat."
Dalam pada itu, White House menjangkakan ada sekatan tambahan dibuat ke atas Rusia, menunjukkan biarpun Rusia belum mengambil apa-apa tindakan ke atas Ukraine, Amerika Syarikat dan sekutunya tidak akan berdiam diri.
Timbalan Penasihat Keselamatan AS Daleep Singh, semasa kemunculan di program New Day, tidak meletakkan jangkaan masa tetapi memaklumkan pelbagai jenis sekatan yang mungkin dilakukan AS, termasuk kawalan eksport pada bila-bila masa.
#Rusia #Ukraine #White House #Amerika Syarikat #EU #Sergei Shoigu #Menteri Pertahanan Rusia
;