EU pertahan Itali larang eksport vaksin di luar blok
Astro Awani
Mac 5, 2021 06:57 MYT
Mac 5, 2021 06:57 MYT
KESATUAN Eropah (EU) mempertahankan tindakan Itali melarang eksport vaksin di luar blok itu.
EU menegaskan tindakan itu adalah bagi memastikan pengeluar vaksin AstraZeneca memenuhi komitmennya kepada mereka.
"Kami mempunyai rundingan yang spesifik dengan AstraZeneca, bagi memastikan mereka memenuhi komitmen dalam konteks perjanjian pembelian, dan kontrak ini masih berterusan.
"Kami sedang berusaha memastikan mereka memenuhi komitmen. Dan jelas dari keputusan yang diambil oleh Itali, kita belum sampai ke tahap itu, tetapi rundingan masih diteruskan," kata jurucakap Suruhanjaya Eropah Eric Mamer di Brussels pada Jumaat.
EU pada Januari lalu mengumumkan sekatan eksport vaksin ke luar Eropah kerana mahu pengeluar memenuhi komitmen dengan mereka terlebih dahulu.
Sejak mekanisme itu dilaksanakan, sejumlah 174 penghantaran vaksin ke 30 negara diluluskan.
Namun, EU mendakwa, sehingga kini AstraZeneca masih gagal memenuhi perjanjian penghantaran vaksin.