EU mahu bangunkan Syria jika Bashar setuju berdamai
Agensi
Februari 17, 2018 18:36 MYT
Februari 17, 2018 18:36 MYT
Kesatuan Eropah (EU) akan mengumpul dana sebanyak mungkin untuk membangunkan semula Syria.
Namun usaha tersebut hanya akan dilakukan EU sekiranya Presiden Syria, Bashar Al Assad dan sekutunya Rusia bersetuju sepenuhnya dengan rundingan damai yang ditaja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Wakil Hubungan Luar EU, Federica Mogherini, yang akan mempengerusikan Persidangan Antarabangsa Syria pada 24-25 April di Brussels, berkata dia boleh mencari bukan sahaja bantuan kemanusiaan tetapi juga untuk pemulihan awal di Syria.
"Kami bersedia dan kami bersedia menggunakan persidangan ini untuk menggerakkan sumber untuk pemulihan awal, terutamanya di kawasan yang dibebaskan dari militan daish,
"Tetapi kita perlu melihat penambahbaikan di Syria dan trend yang kita lihat hari ini adalah sebaliknya," jelasnya.
Tambahnya EU mahu memanfaatkan peranan penderma untuk menghidupkan semula rundingan yang diketuai oleh PBB yang telah mula memperlihatkan hasilnya.
Namun mengakui campur tangan Iran dan Rusia sedikit sebanyak telah mengganggu proses damai di Syria.
Jelas Mogherini blok itu akan menawarkan wang tunai dan menjangkakan sumbangan dari lebih 70 buah negara lain.