EU kecam serangan ke atas pejabat ICRC di Gaza, gesa siasatan bebas

Bernama
Jun 23, 2024 11:30 MYT
Penduduk Palestin yang dipindahkan membuat jalan ketika mereka melarikan diri dari Jabalia selepas tentera Israel menyeru penduduk untuk berpindah. -Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu mengutuk serangan yang merosakkan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Semenanjung Gaza baru-baru ini, mengakibatkan puluhan mangsa terbunuh.
Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menerusi hantaran di X menekankan keperluan untuk mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab melalui siasatan bebas, lapor Agensi Anadolu.

The EU condemns the shelling which damaged the @ICRC office in #Gaza and led to dozens of casualties.

An independent investigation is needed and those responsible must be held accountable. Protection of civilians is an obligation under Geneva Conventions. 1/2

— Josep Borrell Fontelles (@JosepBorrellF) June 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Borrell menegaskan kepentingan melindungi orang awam, sambil menegaskan langkah sedemikian merupakan kewajipan di bawah Konvensyen Geneva dengan "semua pihak terlibat dalam konflik itu terikat" untuk mematuhinya.
Gesaan EU untuk akauntabiliti menekankan keperluan mendesak untuk memastikan bahawa ICRC boleh meneruskan usaha kemanusiaannya dengan selamat.
Organisasi itu memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan dan bantuan kepada mangsa konflik, serta akses kepada tahanan, di bawah rangka kerja Konvensyen Geneva.
ICRC melaporkan bahawa pejabatnya di Gaza yang dikelilingi oleh ratusan orang awam kehilangan tempat tinggal, telah rosak pada Jumaat akibat serangan berhampiran.
Kejadian itu menyebabkan ramai mangsa dimasukkan ke hospital medan Palang Merah berhampiran, dengan kemudahan itu menerima 22 mayat dan 45 orang cedera. - BERNAMA
#Perang Palestin-Israel #EU kecam serangan #pejabat ICRC #israel serang gaza
;