EU kecam serangan Israel ke atas infrastruktur awam
Astro Awani
Oktober 18, 2023 08:30 MYT
Oktober 18, 2023 08:30 MYT
BRUSSELS: Presiden Suruhanjaya Eropah, Charles Michel sifatkan serangan ke atas infrastruktur awam sebagai pencabulan jelas ke atas undang-undang antarabangsa.
Kenyataan ini dibuat ketika sidang tergempar suruhanjaya itu, bagi membincangkan situasi di Gaza.
"Kami mendapat maklumat ketika mesyuarat tergempar ini. Ia sudah disahkan.
"Serangan ke atas infrastruktur awam adalah tidak sejajar dengan undang-undang antarabangsa," katanya.
Sejak serangan tercetus 7 Oktober lalu, kalangan 27 anggota Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan pendirian yang berbeza, antaranya percanggahan dalam sokongan ke atas Israel.
Minggu lalu, blok eksekutif EU umum penggantungan serta merta dana pembangunan untuk pihak berkuasa Palestin.
Ia kemudian umum menilai semula bantuan itu untuk memastikan tiada dana disalah guna.
Sabtu lalu, suruhanjaya terbabit umum menggandakan bantuan kemanusiaan ke Gaza.