EU harap hubungan lebih erat bersama AS
Astro Awani
November 12, 2020 08:46 MYT
November 12, 2020 08:46 MYT
KESATUAN Eropah (EU) berharap dapat memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) di bawah kepimpinan Presiden baharu, Joe Biden.
Ketua Hal Ehwal Luar Negara EU, Josep Borell berkata, blok itu juga berharap proses peralihan jawatan di White House tidak terganggu.
Borell turut mengucapkan tahniah kepada Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris atas kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS.
“Secara keseluruhannya, EU dan AS akan kekal sebagai rakan strategik utama terutama ketika detik sukar ini.
“Perkongsian trans-atlantik yang kuat adalah penting dan anda perlu yakin kami bersedia untuk bertindak dengan lebih cepat di bawah pentadbiran baharu dan kita harus menunggu sehingga 20 Januari.
“Sepanjang tempoh itu, diharap peralihan yang baik dapat direalisasikan,” jelasnya.
EU juga dijangka mengadakan sidang video dalam usaha memberikan dorongan kepada persekutuan trans-atlantik.
Hubungan AS dengan EU di bawah pentadbiran Trump dianggap tidak begitu baik.
Trump memotong tarif eksport EU dan menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris dan Perjanjian Nuklear Iran.
#EU
#White House
#Kesatuan Eropah
#peralihan kuasa
#Amerika Syarikat
#Josep Borell
#pilihan raya presiden
#Joe Biden
#Kamala Harris
#tarif eksport