EU desak Israel patuh keputusan ICJ
Bernama
Januari 27, 2024 14:43 MYT
Januari 27, 2024 14:43 MYT
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah (EU) mendesak Israel supaya mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi amaran kepada negara Yahudi itu mengenai perbuatannya melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman dpa.
"EU mengesahkan sokongan berterusannya kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa, badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," menurut kenyataan suruhanjaya itu.
"Perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengikat pihak-pihak dan mereka mesti mematuhinya. EU mengharapkan pelaksanaan penuh, segera dan berkesan perintah itu."
--BERNAMA-dpa