EU dapat 4 juta dos tambahan daripada Pfizer

Astro Awani
Mac 10, 2021 04:46 MYT
Suruhanjaya Eropah menandatangani perjanjian dengan pengeluar vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech untuk mendapatkan tambahan empat juta dos vaksin COVID-19 bagi 27 negara anggotanya. -Gambar fail
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah menandatangani perjanjian dengan pengeluar vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech untuk mendapatkan tambahan empat juta dos vaksin COVID-19 bagi 27 negara anggotanya.
Perjanjian yang dimeterai sebahagian usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk mengatasi lonjakan kes di beberapa negara.
"Berita baik berkaitan dengan vaksin, suruhanjaya telah mencapai kata sepakat dengan Pfizer-BioNTech untuk mengagihkan dos tambahan kepada negara-negara sebanyak 4 juta dalam usaha kita memerangi COVID-19.
"EU boleh membeli empat juta dos dalam dua minggu akan datang dan ia akan diagihkan pada penghujung Mac."
Varian baharu yang mudah berjangkit kini menular dengan pantas di beberapa negara.
Ia memaksa pelbagai sekatan ekonomi dan sosial dibuat.
Pfizer sebelum ini komited untuk menyalurkan sejumlah 500 juta dos vaksin kepada EU menjelang 2021.
#Kesatuan Eropah #COVID-19 #ekonomi #EU #vaksin #varian baharu #lonjakan kes #Stefan De Keersmaecker
;