EU cadang longgar larangan perjalanan

Astro Awani
Mei 3, 2021 21:58 MYT
Di bawah larangan perjalanan sedia ada, EU hanya membenarkan pelancong dari enam negara, termasuk Australia dan Singapura memasuki blok itu. -REUTERS
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) bercadang melonggarkan larangan perjalanan bagi melonjakkan semula industri pelancongannya.
Bagi tujuan itu, EU dijangka membenarkan semula kemasukan pelancong asing.
Di bawah larangan perjalanan sedia ada, EU hanya membenarkan pelancong dari enam negara, termasuk Australia dan Singapura memasuki blok itu.
Cadangan itu dikemukakan Suruhanjaya Eropah.
Namun ia masih memerlukan kelulusan 27 anggota EU.
Ia akan dibincangkan bermula Selasa dan keputusan dijangka diketahui akhir bulan ini.
Antara kriteria yang digariskan bagi kebenaran ini termasuk mereka yang sudah divaksin dan berasal dari negara yang mencatat rekod epidemologi yang baik.
Larangan perjalanan akibat COVID-19 menyebabkan kerugian besar industri pelancongan di EU.
#EU #Australia #Singapura #pelancongan #COVID-19 #Kesatuan Eropah #longgar larangan perjalanan #benar semula kemasukan pelancong asing