EU akan semak semula keperluan pembiayaan dana ke Gaza

Astro Awani
Januari 29, 2024 07:45 MYT
Mamer berkata setakat ini EU tidak memberi sebarang bantuan dana sehingga Februari 2024 dan sedang melakukan penyiasatan penuh terhadap dakwaan berkenaan. - Foto REUTERS
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah (EU) memaklumkan ia akan menyemak semula keperluan untuk terus membiayai Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA).
Ia berikutan dakwaan bahawa anggota agensi itu terlibat dalam konflik Hamas-Israel sejak 7 Oktober tahun lepas.
Jurucakap EU, Eric Mamer berkata setakat ini EU tidak memberi sebarang bantuan dana sehingga Februari 2024 dan sedang melakukan penyiasatan penuh terhadap dakwaan berkenaan.
"Suruhanjaya telah dengan jelas menyatakan bahawa pada masa ini ia tidak mempunyai pembiayaan kepada (agensi bantuan Palestin) UNRWA yang dijangkakan sehingga Februari 2024. Jadi itu benar-benar jelas.
"Sementara itu, kami meminta, pertama sekali, organisasi untuk melaksanakan penyiasatan yang telah diumumkan sendiri dan kedua, kami meminta mereka bersetuju dengan audit yang akan dijalankan oleh pakar bebas yang akan dipilih oleh Suruhanjaya," katanya.
Beberapa negara, termasuk ahli anggota EU, Jerman, Itali, Belanda dan Finland, menghentikan sementara pembiayaan untuk UNRWA selepas dakwaan Israel bahawa 12 daripada 13,000 kakitangannya di Gaza terlibat dengan konflik di sana.
Sementara itu, PBB menggesa EU untuk mempertimbangkan semula jeda dalam pembiayaan, berjanji bahawa mana-mana kakitangan yang didapati terlibat dalam serangan Hamas akan dihukum dan memberi amaran bahawa bantuan untuk kira-kira dua juta orang di Gaza akan dipertaruhkan.
#UNRWA #EU #siasatan #pembiayaan
;