Etihad Airways lancar pesawat cekap bahan bakar

Agensi
November 18, 2019 23:25 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Etihad Airways, Tony Douglas menyifatkan pesawat tersebut sebagai ujian yang seterusnya akan memberi manfaat kepada keseluruhan industri. Foto: AP
SYARIKAT penerbangan terkemuka Etihad Airways melancarkan pesawat cekap bahan bakar.
Pesawat tersebut merupakan antara pesawat yang paling efisen bagi perjalanan jauh yang jimat minyak.
Ia selari dengan usaha syarikat itu bagi menjimatkan kos pada penggunaan bahan api dan melabelkan syarikat itu sebagai mesra alam.
Etihad Ariways yang menggelarkan pesawat tersebut sebagai Greenliner menggunakan pesawat Dreamliner Boeing 787 yang akan mulakan penerbangan pertama dari Abu Dhabi ke Brussels pada Januari 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Etihad Airways, Tony Douglas menyifatkan pesawat tersebut sebagai ujian yang seterusnya akan memberi manfaat kepada keseluruhan industri.
"Ia akan menjadian bahan ujian kepada pelbagai inisiatif terhadap pesawat tersebut yang sekali gus akan menambahbaik mutu perkhidmatan pesawat tersebut termasuk mengurangkan bahan api," jelasnya.
Tambahnya lagi, matlamat Greeliner adalah 20 peratus lebih efisian dalam penggunanaan bahan bakar berbanding pesawat milik Etihad yang lain.
Tahun ini, syarikat penerbangan tersebut berjaya menerbangkan pesawat menggunakan bahan bakar biofuel yang diperbuat daripada tumbuhan yang hidup dalam air masin.
Syarikat tersebut juga mencatat rekod sebagai syarikat penerbangan pertama di Timur Tengan yang mengendalikan pesawat tanpa penggunaan plastikan bagi meningkatkan kesedaran tentang kesan pencemaran plastik.
Kini, syarikat tersebut mempunyai 36 pesawat Greenliner dan menjangkakan akan menerbangan 50 pesawat seumpamanya.
#bahan bakar #Dreamliner Boeing 787 #Etihad Airways #Greenliner #pesawat #syarikat penerbangan #Tony Douglas
;