Etihad Airways, Fly Dubai gantung semua penerbangan keluar masuk dari Qatar
Agensi
Jun 5, 2017 15:50 MYT
Jun 5, 2017 15:50 MYT
Syarikat penerbangan milik kerajaan UAE, Etihad Airways hari ini mengumumkan akan menggantung semua penerbangan memasuki dan keluar dari Qatar sehingga dimaklumkan kelak.
Penerbangan terakhir dari Abu Dhabi ke Doha adalah pada pukul 02:45 pagi waktu tempatan pada Selasa, menurut satu kenyataan jurucakap penerbangan itu menerusi satu emel hari ini.
Selain Etihad Airways, syarikat penerbangan Emirates dan penerbangan tambah rendah, Fly Dubai turut membuat keputusan sama.
Tindakan diambil susulan keputusan Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara itu menyokong aktiviti pengganas.