Eropah tidak seharusnya menjadi 'pengikut' AS, China berhubung isu Taiwan - Presiden Perancis

Astro Awani
April 9, 2023 07:00 MYT
Presiden Perancis, Emmanuel Macron (kanan) berjalan beriringan dengan Presiden China, Xi Jinping ketika kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di Beijing pada Jumaat lalu. - Foto AP
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan, Eropah tidak seharusnya menjadi ‘pengikut’ Amerika Syarikat (AS) atau China dalam isu Taiwan kerana blok tersebut hanya akan mengundang risiko "krisis tersebut".
Reaksi Macron itu bagaimanapun, dijangka mencetus kemarahan Washington dan menyoroti perpecahan dalam Kesatuan Eropah (EU) mengenai bagaimana untuk menghadapi China, ketika AS meningkatkan konfrontasi dengan pesaing terdekatnya sementara Beijing pula semakin dekat dengan Rusia selepas menceroboh Ukraine.
“Perkara paling buruk yang perlu difikirkan ialah bahawa kami orang Eropah mesti menjadi pengikut dan menyesuaikan diri dengan rentak AS dan tindak balas China," kata Macron kepada media sebaik kembali dari lawatan rasmi selama tiga hari ke Beijing.
Dengan mengambil kira cita-citanya mewujudkan "autonomi strategik" EU, pemimpin Perancis itu berkata, Eropah tidak mahu terjebak dalam logik blok lawan blok dengan mendakwa Eropah "tidak sepatutnya terperangkap dalam kekacauan dunia dan krisis yang bukan kita punya"
China menganggap Taiwan yang demokratik dan merdeka sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berjanji untuk mengambilnya suatu hari nanti, dengan kekerasan jika perlu.
Berang dengan tindakan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen mengadakan pertemuan dengan Speaker White House, McCarthy minggu lalu, Beijing melancarkan latihan tentera besar-besaran di sekitar pulau tersebut sebaik sahaja Macron berlepas pulang ke Perancis, termasuk simulasi mogok di wilayah Taiwan.
Macron membincangkan isu Taiwan dengan Presiden China, Xi Jinping pada Jumaat lalu.
Susulan pertemuan itu juga, pejabat Macron mengeluarkan kenyataan memaklumkan, perbincangan antara dua pemimpin "padat dan jujur" dan Presiden Perancis itu turut menyuarakan kebimbangannya mengenai "ketegangan yang semakin meningkat di kawasan itu" serta boleh mencetuskan "kemungkinan yang lebih teruk."
"Macron juga hanya bercakap mengenai risiko 'tindak balas' China, melupakan keinginan China untuk mengubah 'status quo' dengan mengambil alih Taiwan dengan cara apa pun," kata Antoine Bondaz dari Foundation for Strategic Research (FRS) yang berpangkalan di Paris dalam ciapannya di Twitter.
"Mengapa keinginan ini tidak pernah diingatkan bahawa kita mempunyai kepentingan untuk mengekalkan kestabilan?" tambahnya, dengan memberi amaran bahawa "ketidakjelasan ini hanya menimbulkan keraguan.
Kepualauan Taiwan merupakan satu kawasan yang berisiko "mempercepat ketegangan yang timbul antara duopoli" China dan Amerika Syarikat, kata Macron.
"Jika konfrontasi meningkat dengan cepat, Eropah tidak akan mempunyai masa atau sumber untuk membiayai autonomi strategik kami dan akan menjadi hamba, sedangkan kami boleh membina kutub ketiga jika kami mempunyai beberapa tahun," tambah beliau.
Peranan Eropah sebagai pemain geostrategik yang bebas menjadi matlamat Macron selama bertahun-tahun, sejajar dengan tradisi yang dirintis pengasas Presiden kelima republik itu, Charles de Gaulle, yang melihat Perancis sebagai kekuatan keseimbangan antara blok Perang Dingin.
#isu Taiwan #Amerika Syarikat #China #Presiden Emmanuel Macron
;