Eropah kaji vaksin Pfizer untuk kanak-kanak
Astro Awani
Mei 3, 2021 06:38 MYT
Mei 3, 2021 06:38 MYT
AMSTERDAM: Agensi Kawal Selia Perubatan Eropah (EMA) mula menilai penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi kumpulan usia 12 ke 15 tahun.
Pemberian vaksin bagi kumpulan umur ini dianggap langkah kritikal ke arah imuniti berkelompok.
Langkah ini menyusul proses sama yang dilakukan di Amerika Syarikat.
EMA akan melaksanakan penilaian data yang dikemukakan syarikat berkenaan. Ini termasuk data dari kajian klinikal melibatkan kumpulan umur berkenaan.
Dapatan penilaian ini dijangka diumumkan Jun depan.
Sekitar 15 bulan lalu, Pfizer mengemukakan permohonan untuk memberi kebenaran vaksinnya digunakan ke atas kumpulan umur 12 tahun.
Ketika ini, vaksin Pfizer digunakan untuk kumpulan usia 16 tahun dan ke atas.
Permohonan ini dibuat selepas data kajian menunjukkan vaksin itu mewujudkan reaksi antibodi segera.
Ia juga didapati mempunyai tahap keberkesanan 100 peratus bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
Sehingga kini, tiada vaksin yang diluluskan untuk kegunaan kanak-kanak.
#Kanak-kanak
#COVID-19
#vaksin
#Pfizer
#BioNTech
#EMA
#Agensi Kawal Selia Perubatan Eropah
#usia 12 ke 15 tahun