Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI

Bernama
Mac 10, 2025 06:45 MYT
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari AS bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad. - Gambar hiasanhiasan/Sinar Harian
MOSCOW: Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) pada Isnin.
"Buat pertama kali dalam dua dekad, bahagian terbesar eksport senjata AS pada 2020-2024 adalah ke Eropah (35 peratus) berbanding Asia Barat (33 peratus)," menurut SIPRI, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada masa yang sama, Arab Saudi muncul sebagai pembeli terbesar senjata AS dalam kalangan negara individu, menyumbang sebanyak 12 peratus, menurut SIPRI.
Eksport senjata AS ke Eropah meningkat daripada 52 peratus dalam tempoh 2015-2019 kepada 64 peratus dalam tempoh 2020-2024, dengan import ketenteraan Eropah meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh itu susulan konflik di Ukraine.
-- BERNAMA
#eropah #pengimport senjata terbesar #Amerika Syarikat #SIPRI
;