Ericsson dijangka berhentikan 8,500 pekerja
Bernama
Februari 25, 2023 11:30 MYT
Februari 25, 2023 11:30 MYT
STOCKHOLM: Pengeluar peralatan telekomunikasi Sweden Ericsson dilaporkan akan memberhentikan 8,500 pekerja sebagai sebahagian rancangan untuk mengurangkan kos, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Pemberhentian itu melibatkan kira-kira lapan peratus daripada 105,529 pekerja di seluruh dunia yang akan berkuat kuasa pada separuh pertama 2023 dan mungkin berlanjutan sehingga 2024.
"Kaedah pengurangan bilangan pekerja akan berbeza bergantung kepada amalan di negara yang terbabit.
"Matlamat kami untuk menguruskan proses itu dengan penuh keadilan, dengan cara yang terhormat, profesionalisme dan selaras dengan perundangan buruh tempatan," kata jurucakap syarikat itu dalam satu kenyataan.
Pekerja yang terkesan dengan langkah itu akan dimaklumkan terlebih dahulu.
Menurut laporan, syarikat Ericsson di Amerika Utara mungkin paling terjejas.
Syarikat itu mahu mengurangkan kos pada kadar sembilan bilion kronor Sweden atau kira-kira AS$860 juta menjelang akhir tahun 2023.
Menurt Ericsson kesan penjimatan kos akan mula dapat dilihat pada suku kedua tahun ini.
-- BERNAMA
#Ericsson
#pemberhentian pekerja
#Pengeluar peralatan telekomunikasi Sweden
#pengurangan bilangan pekerja