Erdogan umum pilihan raya Mac terakhir untuknya

Astro Awani
Mac 9, 2024 11:40 MYT
Erdogan merupakan ahli politik Turki moden yang paling berjaya memimpin negara itu selama lebih dua dekad. - Foto REUTERS
ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, pilihan raya tempatan yang dijadualkan pada 31 Mac akan menjadi pilihan raya terakhir bagi beliau.
Kenyataan dilapor agensi berita Anadolu ini sekaligus mengundang bibit persaraan dalam arena politik bagi Erdogan pada Jumaat.
Erdogan merupakan ahli politik Turki moden yang paling berjaya memimpin negara itu selama lebih dua dekad.
Pemenang lebih daripada puluhan pilihan raya sejak 2002, Erdogan dipilih semula untuk penggal lima tahun semasa pilihan raya yang hangat dipertandingkan pada Mei 2023.
Erdogan berkata, ia adalah muktamad bagi beliau dan di bawah mandat yang diberikan oleh undang-undang ia adalah pilihan raya terakhirnya.
Tambah beliau, keputusan pilihan raya nanti akan menjadi satu peralihan legasi kepada pemimpin baharu.
#Recep Tayyip Erdogan #pilihan raya #bersara #arena politik
;