Erdogan selar kenyataan Macron berhubung isu Laut Mediterranean Timur
Agensi
September 13, 2020 05:00 MYT
September 13, 2020 05:00 MYT
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyelar tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mengkritiknya berhubung kegiatan maritim di Laut Mediterranean Timur sehingga menimbulkan ketegangan di Greece dan Kesatuan Eropah (EU).
Dalam ucapannya pada Sabtu, Erdogan mendakwa kenyataan Macron berhubung isu tersebut adalah dituju buat dirinya.
"Anda (Macron) akan berdepan banyak masalah dengan saya.
"Jangan main-main dengan bangsa Turki," katanya yang dipetik laporan AP.
Jumaat lalu, Macron berkata Eropah perlu bertindak tegas dan jelas berhubung pemerintahan Erdogan mengenai isu di lautan berkenaan.
Perancis dan Turki merupakan negara anggota bagi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berdepan dengan krisis di Lautan Mediterranean Timur dalam isu mendapatkan sumber galian seperti gas dan minyak.
Turki mendakwa pihaknya mempunyai hak sama terhadap hasil di perairan berkenaan.
#Emmanuel Macron
#EU
#Greece
#Kesatuan Eropah
#Laut Mediterranean Timur
#minyak
#presiden
#Recep Tayyip Erdogan
#Turki