Erdogan menang pilihan raya Turki

Agensi
Ogos 11, 2014 02:41 MYT
MENANG: Erdogan memenangi pilihan raya selepas meraih 52 peratus undi.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah memenangi pilihan raya presiden pertama negara itu pada Ahad, sekaligus mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemimpin Turki untuk lima tahun lagi.
Erdogan memenangi 52 peratus undi, mengikut kiraan dari 99 peratus peti undi.
Pesaing utama beliau, Ekmeleddin Ihsanoglu, hanya mendapat undian sebanyak 38.3 peratus manakala pesaing ketiga, Selahattin Demirtas memenangi 9.7 peratus undi.
Pilihan raya itu menandakan peringkat pertama pelan Erdogan yang bercita-cita tinggi untuk mengubah kerajaan Turki ke satu landskap politik di mana presiden mempunyai kuasa eksekutif, dengan dirinya sebagai pemimpin.
Erdogan telah bertekad untuk menggoncangkan sistem politik di negara itu, kerana ingin menaikkan presiden sebagai orang nombor satu di dalam sistem itu.
Sebelum ini, jawatan presiden Turki hanyalah berbentuk perlembagaan dan tidak punyai kuasa untuk membentuk hala tuju pentadbiran yang merupakan hak perdana menteri.
Dengan kemenangan ini, Erdogan akan merubah perlembagaan untuk menjadikan jawatan presiden lebih berbentuk eksekutif yang mirip kepada sistem presiden yang terdapat di Amerika Syarikat.
Erdogan dijangka mengambil sumpah pada 28 Ogos.
Baca berita penuh di sini
#Perdana Menteri #pilihan raya #presiden #Recep Tayyip Erdogan #Turki