Erdogan menang pilihan raya Turki
Sinar Harian
Jun 25, 2018 08:45 MYT
Jun 25, 2018 08:45 MYT
Jurucakap kerajaan Turki mengumumkan bahawa Recep Tayyip Erdogan telah memenangi pilihan raya presiden negara itu.
"Rakyat Turki telah memilih Erdogan sebagai presiden pertama Turki di bawah sistem baharu," kata Bekir Bozdag di Twitter.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Erdogan mendahului dengan lebih daripada 95 peratus undi dikira.
Pengundi Turki buat pertama kalinya mengundi untuk memilih presiden dan parlimen dalam pilihan raya dengan Erdogan mencari kemenangan pusingan pertama dan majoriti keseluruhan untuk Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) bagi melanjutkan tempoh 15 tahun pemerintahannya. - Press TV