Erdogan label Netanyahu sebagai sakit mental

Astro Awani
Jun 27, 2024 08:30 MYT
Erdogan berkata, Turkiye akan bersama Lubnan dan menyeru negara lain di rantau itu untuk menunjukkan solidariti dengan negara Asia Barat.
ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berusaha meluaskan konflik di Gaza ke Lubnan dalam satu langkah.
Erdogan berkata, rancangan dengan persetujuan barat itu akan membawa kepada bencana besar.
"Nampaknya Israel yang memusnahkan Gaza, kini memusatkan perhatiannya ke Lubnan.
"Kami melihat walaupun kuasa Barat bercakap berbeza di hadapan kamera, di belakang tabir mereka menepuk belakang Israel dan menyokongnya.
"Ia amat teruk dan menyedihkan bahawa kerajaan yang bercakap tentang kebebasan, hak asasi manusia dan keadilan adalah tawanan orang yang sakit mental seperti (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu," katanya.
Dalam ucapan kepada Ahli Parlimen dari parti pemerintahnya, Erdogan berkata, Turkiye akan bersama Lubnan dan menyeru negara lain di rantau itu untuk menunjukkan solidariti dengan negara Asia Barat.
Israel dan kumpulan Lubnan Hezbollah telah berbalas serangan hampir setiap hari sejak perang di Gaza bermula pada Oktober.
Serangan Israel telah membunuh lebih 400 individu di Lubnan.
Di utara Israel, 27 individu telah terbunuh oleh serangan yang dilancarkan dari Lubnan.
#Recep Tayyip Erdogan #Benjamin Netanyahu #Sakit Mental #Gaza
;