Enjin roket Epsilon S meletup semasa ujian - Agensi angkasa Jepun
Bernama
Julai 14, 2023 12:20 MYT
Julai 14, 2023 12:20 MYT
TOKYO: Agensi angkasa Jepun berkata enjin roket Epsilon S yang sedang diuji meletup di timur laut Jepun pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menurut Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA), tiada kecederaan dilaporkan ketika roket itu diuji di Pusat Ujian Noshiro di Wilayah Akita.
Letupan berlaku kira-kira satu minit selepas ujian bermula.
Rakaman televisyen menunjukkan api dilihat keluar dari bahagian tepi kemudahan ujian itu sebelum seluruh bangunan itu diselubungi asap.
Program angkasa lepas Jepun telah mengalami beberapa halangan baru-baru ini, termasuk kegagalan pelancaran roket H3 perdananya pada bulan Mac.
-- BERNAMA