Enjin pesawat Southwest Airlines meletup, seorang maut

Reuters
April 18, 2018 08:07 MYT
Seorang penumpang wanita disedut keluar melalui tingkap pesawat semasa kejadian namun berjaya diselamatkan oleh beberapa penumpang lain. REUTERS
Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera selepas enjin sebuah pesawat Amerika Syarikat dilaporkan meletup semasa di udara pada Selasa.
Penerbangan Southwest Airlines 1380 terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Philadelphia selepas tingkap, bahagian sayap dan fiuslaj mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut, menurut pegawai.
Dalam satu rakaman dari pusat kawalan lalu lintas udara, salah seorang juruterbang kedengaran berkata, pesawat itu berlubang dan seorang terkorban.
Kali terakhir terjadi kes kematian membabitkan penumpang dalam pesawat komersial Amerika Syarikat adalah pada 2009.
Semasa kejadian, pesawat Boeing 737-700 berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke Dallas, Texas dari Lapangan Terbang La Guardia di New York dan membawa 143 penumpang serta lima anak kapal.
Menurut saksi, seorang penumpang wanita disedut keluar melalui tingkap pesawat semasa kejadian namun berjaya diselamatkan oleh beberapa penumpang lain.

If this ends up being the opening scene to Final Destination 13, I'm going to be really salty. #Flight1380 pic.twitter.com/feK7cPZS70

— Matt Tranchin (@mtranchin) April 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut pegawai bomba, pesawat tersebut mendarat dengan selamat pada 11.20 pagi waktu tempatan.
Pentadbiran Persekutuan Penerbangan Amerika Syarikat telah membuka kertas siasatan susulan kejadian itu.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) pula berkata badan itu juga sedia maklum dengan insiden tersebut.
Pengerusinya Robert Sumwalt berkata enjin berkenaan, CFM56, sering digunakan dalam pesawat komersial.

What a flight! Made it!! Still here!! #southwest #flight1380 pic.twitter.com/Cx2mqoXVzY

— Joe Marcus (@joeasaprap) April 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Balai Bomba Philadelphia, seorang penumpang telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal manakala tujuh lagi menerima rawatan di tempat kejadian.
Dalam satu kenyataan, Southwest Airlines mengucapkan takziah kepada kesemua mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Ketua Pesuruhjaya Bomba Philadelphia, Adam Thiel berkata, anggota bomba menemui kebocoran di bahagian enjin pesawat itu yang turut menyebabkan kebakaran.
#Amerika Syarikat #Boeing 737-700 #cedera #Dallas #enjin #La Guardia #maut #meletup #New York #Southwest Airlines 1380 #Texas
;