Enggan keluarkan visa, AS didakwa salah guna status tuan rumah APEC - Duta Rusia

Bernama
Ogos 15, 2023 16:53 MYT
Penyertaan Rusia didiskriminasikan, apabila visa kemasukan tidak dikeluarkan kepada wakil beberapa kementerian dan jabatan. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Amerika Syarikat secara terang-terangan mencabuli status negara tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), apabila gagal mengeluarkan visa kepada beberapa kementerian dan jabatan Rusia, kata Duta Besar Rusia ke Amerika Syarikat Anatoly Antonov.
"Dalam konteks kerjasama melalui APEC, gambarannya sangat negatif. Kami menegaskan tindakan Washington sebagai pengerusi semasa platform multilateral berwibawa ini tidak boleh diterima sama sekali," kata Antonov pada Isnin, lapor Sputnik.
Di samping mempolitikkan perbincangan dengan membawa topik bukan teras ke dalam agenda, Amerika Syarikat sekali lagi menyalahgunakan status tuan rumah. Penyertaan Rusia didiskriminasikan. Visa kemasukan tidak dikeluarkan kepada wakil beberapa kementerian dan jabatan sekali gus."
Sementara itu, Antonov berkata terdapat semakin banyak kes Rusia yang ditolak kaitannya ke dalam mesyuarat utama melalui pautan video.
--BERNAMA-SPUTNIK
#Amerika Syarikat #Visa #APEC #Duta Rusia #Anatoly Antonov
;