Enggan buang air besar 34 hari, suspek edar dadah pecah rekod Britain

Agensi
Februari 23, 2018 14:14 MYT
Lemarr Chambers, 24, ditahan oleh pihak polis pada 17 Januari lalu kerana disyaki membekalkan dadah jenis A seperti yang dilaporkan portal thesun.co.uk.
Seorang suspek pengedar dadah memecahkan rekod apabila tidak buang air besar selama 34 hari semasa dalam tahanan pihak polis.
Lemarr Chambers, 24, ditahan oleh pihak polis pada 17 Januari lalu kerana disyaki membekalkan dadah jenis A seperti yang dilaporkan portal thesun.co.uk.
Pihak polis bagaimanapun tidak menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berkenaan dan membuat keputusan untuk menunggu lelaki itu buang air besar bagi mendapatkan bukti dadah yang ditelannya.
Ekoran itu, Chambers dilaporkan hanya makan bar bijirin Frosties, buah, sayuran dan ikan yang dimasak ibunya.
Isnin lalu, dia tampil ke Mahkamah Majistret Chelmsford apabila polis memohon tempoh penahanannya dilanjutkan lagi lima hari sehingga besok (24 Februari).
Chambers telah memecahkan rekod Britain apabila menjadi lelaki paling lama dalam tahanan polis tanpa membuang air besar.
Persatuan Penjagaan Utama untuk Gastroenterologi, Trish Macnair memaklumkan suspek mungkin berisiko kecil untuk mengalami usus bengkak dan pecah.
Kes ini telah mendapat perhatian ramai terutamanya kepada pengguna media sosial melalui hashtag #Poowatch.

That guys been 34 days without going to the toilet in custody #PooWatch

— Mercy (@Mercedesh09) February 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#poowatch literally just made my day! @2dorks

— Jacki S (@wiugirl07) February 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Britain #Dadah #Lemmar Chambers #mahkamah #media sosial #pengedar dadah #poowatch
;