Enam terkorban akibat Taufan Yutu di Filipina

Astro Awani
Oktober 31, 2018 00:52 MYT
Kerosakan akibat Taufan Yutu dapat dilihat di wilayah Isabela, kawasan di mana ia mula-mula muncul di Filipina, pada 30 Okt, 2018. REUTERS
Enam terkorban akibat kejadian tanah runtuh susulan daripada Taufan Yutu yang membadai utara Filipina pada Selasa.
Kejadian sama turut menyebabkan ribuan penduduk dari beberapa kampung meninggalkan kediaman yang baru dibaik pulih akibat taufan Mangkhut yang melanda September lepas.
Namun, kekuatan Taufan Yutu itu dilaporkan melemah ketika ia melanda wilayah Isabela, di timur laut Filipina.
Angin kuat juga menyebabkan pokok tumbang dan merosakkan kediaman dan bangunan kedai.
Kekuatannya dilapor terus melemah ketika ia melintasi kawasan pergunungan Sierra Madre sebelum melintasi kawasan barat melalui wilayah Nueva Vizcaya, Benguet dan La Union.
#Filipina #Isabela #Penduduk #tanah runtuh #Taufan Yutu #tinggalkan kediaman