Enam terbunuh insiden tembakan di Plymouth

Astro Awani
Ogos 12, 2021 23:27 MYT
Laporan awal mendapati terdapat beberapa individu terbunuh dan ada di antara mangsa sedang menerima rawatan. - Foto Twitter/Devon & Cornwall Police
PLYMOUTH: Sekurang-kurangnya enam individu terbunuh dalam insiden tembakan di Plymouth, England.
Turut terbunuh seorang lelaki yang melepaskan tembakan dalam insiden tersebut.
Polis Devon & Cornwall berkata mereka menerima panggilan kecemasan di kawasan Keyham pada 6.10 petang, Khamis waktu tempatan.
Laporan awal mendapati terdapat beberapa individu terbunuh dan ada di antara mangsa sedang menerima rawatan.
Ahli Parlimen tempatan, Johnny Mercer berkata dalam ciapan terbaharu di akaun Twitter miliknya, kejadian tersebut tiada kaitan dengan keganasan dan suspek tidak melarikan di Plymouth.
Setakat ini punca insiden masih dalam siasatan.
#tembakan #keganasan #Keyham #cedera