Enam terbunuh, 10 cedera dalam kemalangan jalan raya di Idaho

Bernama
Mei 19, 2024 06:39 MYT
Kemalangan tersebut berlaku selepas trak pikap terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh van yang penuh dengan penumpang. - Gambar hiasan
MOSCOW: Enam orang terbunuh dan 10 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah trak pikap dan sebuah van mini di negeri Idaho, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
Menurut NBC News yang memetik laporan polis tempatan, kemalangan tersebut berlaku di Air Terjun Idaho pada pagi Sabtu selepas trak pikap tersebut terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh van yang penuh dengan penumpang.
Pemandu van tersebut dan lima penumpang meninggal dunia akibat kemalangan itu manakala sembilan yang lain dimasukkan ke hospital, menurut laporan berkenaan sambil menambah pemandu trak pikap juga dikejarkan ke hospital.
-- BERNAMA
#kemalangan jalan raya #Idaho #Amerika Syarikat #kemalangan maut