Enam tarantula ditemukan di Pusat Pemeriksaan Tuas, 92 lagi di rumah

Bernama
Januari 11, 2018 04:52 MYT
Beberapa spesies tarantula dilindungi di bawah Lampiran II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Liar Fauna atau Flora (CITES) dan memerlukan permit CITES. - Gambar hiasan
Pihak berkuasa Singapura menemukan enam labah-labah hidup jenis tarantula di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura di pusat pemeriksaan Tuas pada 4 Jan lalu.
Dalam kenyataan pada Khamis, Pihak Berkuasa Imigresen berkata kes itu dirujuk kepada Pihak Berkuasa Agri-Makanan (AVA).
Menurut kenyataan itu, dalam pemeriksaan susulan di kediaman lelaki berkenaan, AVA merampas 92 lagi tarantula.
Tarantula dilarang daripada dipelihara di republik ini.
Beberapa spesies tarantula juga dilindungi di bawah Lampiran II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Liar Fauna atau Flora (CITES) dan memerlukan permit CITES.
Kes itu sedang disiasat dan labah-labah berkenaan diletakkan di bawah jagaan Wildlife Reserves Singapore.
-- BERNAMA
#labah-labah #pusat pemeriksaan Tuas #rampasan #Singapura #tarantula #Tuas
;