Enam polis trafik mati ditembak di Mexico

Reuters
Jun 2, 2018 14:43 MYT
Pihak berkuasa menyifatkan kejadian ini merupakan serangan terburuk ke atas anggota keselamatan di sana setakat ini.
Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati enam anggota polis trafik di tengah bandar Salamanca, Mexico pada Jumaat.
Pihak berkuasa menyifatkan kejadian sebagai serangan terburuk melibatkan anggota keselamatan di negara itu setakat ini.
Menurut pihak berkuasa tempatan Guillermo Maldonado, ketika kejadian keenam-enam mereka sedang melakukan rutin kerja mereka seperti biasa.
Namun punca utama yang membawa kepada serangan tersebut masih disiasat pihak berkuasa tempatan.
Stesen televisyen Televisa melaporkan sekurang-kurangnya tiga orang lelaki bersenjata tersebut melepaskan tembakan daripada dalam kereta terhadap semua mangsa yang tidak bersenjata.
Kesemua mereka kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian.
Angka kematian pembunuhan beramai-ramai di Mexico dilaporkan terus meningkat susulan kejadian terbaharu ini.
#guillermo maldonado #Mexico City #Salamanca #televisa #tembak mati
;