Enam maut, ratusan cedera dalam ketegangan di Jakarta
Agensi
Mei 22, 2019 12:39 MYT
Mei 22, 2019 12:39 MYT
Sekurang-kurangnya enam maut manakala 200 lagi cedera dalam ketegangan yang melanda ibu kota Jakarta, Indonesia selepas pengumuman kemenangan Joko Widodo dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2019) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia pada Selasa.
“Sehingga jam 9 pagi ini, lebih 200 yang cedera telah dibawa ke lima hospital,” kata Gabenor, Anies Baswedan kepada sebuah stesen televisyen.
“Jumlah yang maut pula adalah seramai enam orang,” katanya lagi.
Pihak hospital kini sedang menjalankan bedah-siasat keatas mangsa yang kebanyakannya adalah penyokong calon presiden, Jeneral Prabowo Subianto.
Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia mengumumkan keputusan itu pada Selasa sehari lebih awal dari yang dijadualkan, selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam, Isnin.
#calon
#cedera
#Hospital
#Indonesia
#Jakarta
#Joko Widodo
#mangsa
#maut
#pemilihan
#pilihan raya
#Pilpres 2019
#Prabowo Subianto
#presiden