Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku

Astro Awani
Ogos 28, 2022 22:00 MYT
Anggota polis memeriksa tempat kejadian selepas sebuah trak merempuh beberapa orang di Nieuw-Beijerland. - Foto AP
NIEUW-BEIJERLAND: Angka kematian susulan sebuah trak melanggar benteng dan merempuh pesta barbeku di bandar Nieuw-Beijerland di selatan Belanda meningkat kepada enam pada Ahad.
Menurut polis, tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.
Pemandu trak berkenaan, seorang lelaki warga Sepanyol berusia 46 tahun, telah ditahan.
BACA: 3 maut, trak rempuh pesta barbeku di Belanda
Siasatan awal mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
#dirempuh #trak #alkohol #cedera