Enam maut dalam kebakaran hutan di Turki
Astro Awani
Ogos 1, 2021 08:09 MYT
Ogos 1, 2021 08:09 MYT
MUGLA: Sekurang-kurangnya enam individu terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di Marmaris, wilayah Mugla, Turki.
Presiden Recep Tayyip Erdogan mengesahkan kebakaran tersebut dimulakan oleh kanak-kanak selepas mengunjungi beberapa kawasan terjejas, pada Sabtu.
"Walaupun didapati kebakaran di Marmaris ini telah dimulakan oleh kanak-kanak, siasatan terhadap kebakaran yang lain masih dijalankan.
"Ketika ini polis telah menahan seorang individu berkaitan kebakaran di Milas (sebuah daerah di wilayah Mugla)," katanya.
Sekurang-kurangnya lima maut akibat kebakaran di Manavgat dan seorang lagi di Marmaris.
Kebakaran hutan di Turki sejak Rabu kini merebak ke beberapa kampung dan destinasi pelancongan sehingga memaksa penduduk berpindah.
Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata, 400 orang mengalami cedera ringan akibat kebakaran di Manavgat dan telah dirawat di hospital sebelum dibenarkan pulang.
Manakala 10 lagi cedera parah dan sedang menerima rawatan.
Berikut laporan awal Astro AWANI pada Sabtu malam.
#kebakaran
#hutan
#Marmaris
#Mugla
#Erdogan
#kebakaran hutan
#Turki
#Milas
#Fahrettin Koca
#pelancongan
#Kanak-kanak