Enam maut dalam dua letupan bom di Pakistan

Agensi
Februari 16, 2017 10:01 MYT
Orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian hanya mengalami kecederaan. - Foto REUTERS/Fayaz Aziz
Enam terbunuh dalam dua kejadian letupan di barat laut Pakistan pada Rabu.
Menurut pihak berkuasa pengebom bunuh diri mensasarkan orang awam di dua lokasi berbeza di Peshawar.
Dalam kejadian pertama berhampiran bangunan kerajaan, tiga anggota polis dan dua orang awam terbunuh.
Pada lewat Rabu seorang lagi pengebom yang memandu sebuah lori telah meletupkan bahan letupan seberat 15 kilogram di tempat awam.
Orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian hanya mengalami kecederaan.
Polis mengesahkan serangan didalangi kumpulan Taliban.
#letupan bom #Pakistan #peshawar #Taliban
;