Enam korban Taufan Hudhud di India
Agensi
Oktober 12, 2014 20:21 MYT
Oktober 12, 2014 20:21 MYT
Pihak berkuasa India mengesahkan enam warganya terkorban akibat Taufan Hudhud.
Taufan kategori tiga itu mencecah kelajuan 205 kilometer sejam ketika ia membadai kawasan pantai timur negara itu.
Menteri Sains dan Teknologi, Jitendra Singh menyifatkan taufan tersebut sebagai pemusnah. Kelajuan taufan turut menumbangkan pokok-pokok dan tiang elektrik.
Sejumlah 100 ribu penduduk dari empat daerah di Andhra Pradesh dipindahkan ke kawasan selamat. Selain Andhra Pradesh, 100 ribu penduduk Odisha turut dipindahkan.
Tentera India turut menggerakkan anggotanya ke kawasan terjejas akibat Hudhud.