Enam cedera, dua kereta kemalangan rempuh pejalan kaki

Astro Awani
Mac 27, 2021 08:36 MYT
Tiga daripada mereka mengalami kecederaan serius manakala tiga lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. - Foto Twitter/@IntelPointAlert
Enam pejalan kaki mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta yang bertindak melintasi laluan kaki lima di Flatbush, Brooklyn, Amerika Syarikat.
Jurucakap Jabatan Bomba New York (FDNY) memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar 12.57 tengah hari Jumaat, waktu tempatan.
Tiga daripada mereka mengalami kecederaan serius manakala tiga lagi cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Insiden itu dilapor melibatkan dua buah kenderaan.

#ALERT: Several people injured after car veers onto New York City sidewalk #Brooklyn l #NY NYPD and EMS personnel are now on scene after a car rammed into a crowd of pedestrians. Initial reports show 5-6 people require medical attention. Significant updates to follow. pic.twitter.com/DSWcmsPqMV

— Intel Point ALERTS (@IntelPointAlert) March 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa video yang tular di media sosial menujukkan pasukan penyelamat terdiri dari anggota bomba dan perubatan berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
Satu lagi video menunjukkan salah sebuah kenderaan yang terlibat dengan insiden itu turut mengularkan beg udaranya.
Kejadian sama pernah berlaku pada awal bulan ini di Manhattan, apabila kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan itu telah menyebabkan tujuh cedera.
#Amerika Syarikat #New York #kemalangan #media sosial #bomba #cedera
;