Enam cedera dalam insiden tembakan di Illinois, suspek masih diburu

Astro Awani
September 10, 2021 12:27 MYT
Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam insiden tembakan di Illinois, Amerika Syarikat pada Khamis malam.
ILLINOIS: Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam insiden tembakan di Illinois, Amerika Syarikat pada Khamis malam sekitar jam 4 petang di East St Louis.
Mangsa telah dikejarkan ke hospital St Louis ketika pihak berkuasa memburu suspek bersenjata yang masih bebas.
Sebuah kereta dipercayai digunakan suspek dilapor merempuh tren komuter kereta api beberapa blok dari lokasi insiden tembakan.
Kira-kira 10 penumpang komuter yang cedera sedang dirawat.
Kejadian turut menyebabkan perkhidmatan komuter dihentikan sementara ekoran kenderaan tersebut yang masih berada di atas landasan.
Pasukan SWAT telah mengepung sebuah rumah pada lewat malam manakala pasukan polis pula menggunakan pesawat, helikopter dan dron untuk memburu suspek.
"Kami akan berikan lebih banyak maklumat tidak lama lagi.
"Tetapi setakat ini, kita doakan keselamatan dan kesembuhan kepada mangsa dan keluarga mereka,” kata Datuk Bandar East St Louis, Robert Eastern III di lokasi kejadian.
East St Louis mencatat kes bunuh per kapita tertinggi di bandar-bandar AS pada tahun 2019, menurut statistik FBI.
#Amerika Syarikat #rempuh komuter #suspek bersenjata #SWAT
;