Empat warga Somalia dituduh atas serangan di Kenya

Astro Awani
November 5, 2013 10:33 MYT
Empat warga Somalia dihadap ke Mahkamah Kenya kerana dituduh melakukan serangan ke atas kompleks membeli-belah Westgate Mall September lalu.
Tertuduh, semuanya lelaki, akan ditahan sehingga perbicaraan bermula minggu depan.
Mohamed Ahmed Abdi, Liban Abdullah Omar, Hussein Hassan Mustafah, dan Adan Dheq, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka termasuk memasuki Kenya secara tidak sah dan memiliki dokumen pengenalan palsu.
Abdi, Omar dan Mustafah dituduh membantu Mohammed Abdinur berkata Hassan Dhohullow bersama beberapa yang lain melancarkan serangan.
Dheq pula dituduh bersubahat dan menjadi tempat di mana pengganas berkumpul.
Menurut pihak berkuasa, masjid di kawasan penempatan Eastleigh dijadikan tempat bagi tujuan berkenaan.
Semua mereka akan dibicara pada 11 November.
Dalam kejadian September lalu, 67 maut selepas kumpulan bersenjata al-Shabab yang dikaitkan dengan rangkaian kumpulan Al-Qaeda bertindak menyerang kompleks membeli belah.
Susulan kejadian berkenaan, berpuluh ditahan bagi membantu siasatan.
#Al-Qaeda #Kenya #perbicaraan #Somalia #Westgate mall
;