Empat warga Indonesia ditahan tangkap ikan tanpa kebenaran

Bernama
Jun 23, 2016 09:25 MYT
Dua bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat demonstrasi selepas penyerahan dua bot yang disumbangkan oleh kerajaan Kanada kepada APMM di pejabat Daerah Maritim 5 Kuala Linggi di Alor Gajah pada 18 Jun. - Gambar fail
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang tekong dan tiga awak-awak warga Indonesia kerana memasuki perairan negara secara haram kira-kira 30 batu nautika dari barat Pulau Pangkor di sini petang semalam.
Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata bot yang dinaiki warga asing berkenaan dikesan oleh kapal Maritim Burau kira-kira 5 petang semasa meronda.
"Siasatan awal mendapati kesemua mereka dan awak-awak berumur 17 hingga 27 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Mereka juga telah memasuki perairan negara secara haram dan disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zulinda berkata kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1) (a) kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang tekong dan tiga awak-awak warga Indonesia kerana memasuki perairan negara secara haram kira-kira 30 batu nautika dari barat Pulau Pangkor di sini petang semalam #Zulinda Ramly