Empat termasuk pegawai polis cedera parah ditembak berhampiran hospital Chicago
Agensi
November 19, 2018 07:27 MYT
November 19, 2018 07:27 MYT
Sekurang-kurangnya empat termasuk seorang pegawai polis cedera parah selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali berhampiran Mercy Hospital Chicago tengah hari Isnin.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Chicago, Larry Langford, tiga daripada mereka berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapatkan rawatan.
Selain itu, jelas jurucakap Polis Chicago, Anthony Guglielmi berkata, suspek juga ditemui mati tetapi masih tidak jelas sama ada penjenayah itu ditembak pihak polis atau menembak diri sendiri.
Menurut jurucakap Datuk Bandar, Rahm Emanuel, Datuk Bandar dan pihak polis sedang memantau insiden tersebut.
Sementara itu, saksi yang dipetik Reuters berkata insiden tembakan itu bermula di tempat letak kenderaan sebelum beralih ke kawasan klinik di hospital berkenaan.
Polis Chicago menerusi akaun Twitter mereka menasihati orang ramai supaya tidak berada di kawasan.