Empat terbunuh, enam masih hilang, kapal kargo tenggelam di Turki

Bernama
November 1, 2017 19:49 MYT
Sebuah kapal kargo tenggelam di Laut Hitam berhampiran Istanbul pada Rabu.
Empat anak kapal terbunuh manakala enam lagi hilang, selepas sebuah kapal kargo tenggelam di Laut Hitam berhampiran Istanbul pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua, memetik media tempatan.
Kapal berkenaan dalam pelayaran menuju wilayah Zonguldak Laut Hitam dari Pelabuhan Gemlik di Laut Marmara, sebelum hilang dari radar, menurut akhbar harian Hurriyet.
Operasi menyelamat oleh pengawal pantai Turki sedang dilakukan bagi mencari mangsa yang masih hilang.
-- BERNAMA
#anak kapal #hilang #Istanbul #kapal kargo #Turki
;