Empat terbunuh dalam serangan di masjid di Iran

Bernama
Ogos 14, 2023 13:01 MYT
Laporan awal mengenal pasti dua pengganas terlibat dalam serangan itu, dengan seorangnya berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan. - Gambar/ Reuters
TEHRAN: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.
Tujuh lagi cedera dalam serangan itu dan dua pekerja masjid serta dua jemaah adalah antara yang terbunuh.
Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Pada Oktober 2022, serangan serupa di masjid itu membunuh 13 orang dan mencederakan lebih 20 yang lain.
Berikutan serangan pada Ahad lepas, pasukan keselamatan Iran menutup semua laluan masuk ke masjid dan mengepung kawasan itu.
Laporan awal mengenal pasti dua pengganas terlibat dalam serangan itu, dengan seorangnya berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan.
-- BERNAMA
#serangan masjid #Daesh #korban #Shiraz
;