Empat terbunuh dalam runtuhan salji di Afghanistan

Bernama
Februari 25, 2023 16:28 MYT
Empat terbunuh dalam runtuhan salji di sebuah kampung di daerah Arghanjkhwa di wilayah Badakhshan utara Afghanistan. - Gambar hiasan
FAIZABAD (Afghanistan): Empat terbunuh dalam runtuhan salji di sebuah kampung di daerah Arghanjkhwa di wilayah Badakhshan utara Afghanistan.
Ketua maklumat dan budaya wilayah Badakhshan Qari Maazudin Ahmadi berkata insiden itu berlaku di kampung Tak Archa pada Jumaat, lapor Xinhua.
Minggu lepas kejadian serupa meragut empat nyawa dan memusnahkan 30 rumah di daerah Kofab di wilayah itu.
Runtuhan salji turut mengorbankan puluhan nyawa dan memusnahkan banyak rumah di wilayah pergunungan Badakhshan sejak beberapa minggu lalu.
Sejak sebulan lalu, salji lebat, cuaca sejuk beku, banjir dan runtuhan salji mengorbankan hampir 200 orang termasuk wanita dan kanak-kanak di seluruh Afghanistan.
-- BERNAMA
#Afghanistan #Runtuhan salji #daerah Arghanjkhwa #kampung Tak Archa
;