Empat terbunuh, 26 cedera serangan bom di Pakistan
Astro Awani
Julai 31, 2019 12:18 MYT
Julai 31, 2019 12:18 MYT
Empat orang terbunuh sementara 26 yang lain cedera dalam satu insiden bom di tepi sebatang jalan di bandar Quetta, barat daya Pakistan.
Ketua Polis Quetta, Abdur Razzaq Cheema memaklumkan, bom tersebut mensasarkan pihak polis.
Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
Quetta adalah ibu kota wilayah Baluchistan yang menjadi kawasan pemberontakan.
Kumpulan berkenaan menuntut autonomi lebih besar.