Empat tebusan warga Perancis dibebaskan

Astro Awani
Oktober 30, 2013 08:58 MYT
Empat tebusan warga Perancis yang diculik di Niger tiga tahun lalu akhirnya dibebaskan.
Menurut Kementerian Pertahanan Perancis, keempat-empat lelaki berkenaan dibebaskan tanpa campur tangan pihak tentera dan tiada wang tebusan.
Pengumuman pembebasan mereka dibuat Perdana Menteri Francois Hollande.
Menurut sumber, ketika dibebaskan, kesemua tebusan berada di dalam keadaan baik dan sihat, malah tidak dicederakan.
Kumpulan itu ditawan anggota Al-Qaeda pada September 2010 di Lombong Uranium yang tertelak di bandar Arlit dan kemudian dibawa merentasi sempadan ke Mali.
Penculikan mereka diakui Al-Qaeda Islamic Maghreb (AQIM).
Sebelum itu ketuanya memberi amaran kepada Perancis untuk mengarahkan tentera mereka berundur dari Afghanistan jika mahu melihat mereka selamat.
Rundingan pembebasan itu dikatakan dibuat oleh perunding terkenal Niger Mohamed Akotey, serta dibantu Presiden Niger.
Sebelum dibebaskan, tebusan di bawa berjumpa Presiden Niger, Mahamadou Issoufou.
#Francois Hollande #Kementerian Pertahanan Perancis #penculikan #Perdana Menteri Perancis #tebusan #warga Perancis
;